Thursday, September 9, 2010

raye~

selamat hari raya maaf zahir dan batin~

kecik yang perasan comey:)

Monday, September 6, 2010

bosan!

masuk yang ni da 2 kali kite post blog for today..
ni semua sebab bosan..ala bosan..ish takkan tak tau kot..bosan??
ala bosan??hish!pelik gile tak tau bosan tu ape??bosan!!
haha..bosan sebab tu merapu..bosan~~~

so melihat-lihat kasut-kasut
tapi stok stilleto je tau
walaupun kite tau kalau kita pakai kasut macam ni
gerenti esok ada kat hospital
sambil kaki bebalut simen
haha

kadang-kadang terfikir macam mana lah diorang pakai
tak sakit ke kaki tu?
stable ke?
mengikut apa yang telah dipelajari di dalam fizik
semakin tinggi sesuatu objek semakin kurang kestabilan
wah!cikgu adibah mesti bangga ni!
cikgu!orang kampung guna istilah fizik ni!
(orang kampung tu gelaran kitorang budak kelas 4 amanah sebab tak faham-faham dia cakap)haha

ha!lagi satu mesti sakit uh kalau kena pijak dengan kasut tumit tinggi
sebab pressure
pressure kan betambah bile surface area dy kecik
pastu bertambah la pulak dengan berat kita
mau bocor kaki orang yang kena tu
adui!
x dapat bayangkan

so kepada sesipa yang memakai kasut stilleto tolonglah
saya merayu agar anda semua berhati-hati dengan penggunaannya ok?
haha
dan kepada sesipa yang di sekeliling orang yang memakai stilleto
silalah memakai safety boot ok??
hah??bad idea!haha

ni semua yang wana pink!PINK!pink!PINK!







yang ni pulak yang warna purple!PURPLE!purple!PURPLE!





gempak en??

cuti~

"kami murid sekolah aziz shah
tetap tekun waspada
terima ilmu yang guru curah
sopan santun dijaga"

wah!pagi-pagi buta lagi dah menyanyi lagu sekolah..adoiai!rindu sekolah ke??
rindu lah!tak boleh bla rindu sekolah!Agak-agak lah sikit nak tipu pun.rindu nak belajar??lagi tipu!!!!!!!tett!abes tu kau rindu ape??ni yang naik darah ni...cakap la betul-betul kecik!

RINDU TUKANG KEBUN,MAKCIK BASUH JAMBAN dan BANGLA (tak taw ape kerja dia)haha..sebenarnya bukan masalah rindu tapi lebih kepada B.O.S.A.N!ape dia???yes!correct!bosan!kalau seseorang tu dah bosan boleh pengsan tau!bile pengsan nanti orang takut!nanti ambulans datang!nanti bawak pegi hospital!nanti bangun tengok ada kat hospital!nanti MEREPEK!~masuk air..tenggelam dan tak timbul-timbul..



orang pengsan panggil ambulans
ambulans datang berlumba-lumba
haha sengal~

kenapa lah sekolah rajin sangat bagi cuti seminggu awal?"YA ALLAH kau ni orang dah baik nak bagi cuti kau nak sekolah!"mungkin ini yang dikatakan oleh para perajurit eh!silap para guru sekalian tatkala anak muridnya yang sorang ni mahu sekolah..sengal!haha

tapi serius!memang bosan!bosan tak dapat kacau orang dalam kelas!bosan tak dapat merepek dalam kelas bio!bosan tak dapat main pisau lipat!hah?haha
kesimpulannya..ait?dah kesimpulan??yalah!nak ape lagi??sabar kecik sabar!jangan emosi!jap2 cop2 apa barang guna ayat kesimpulannya gunalah ayat bombastik sikit
NATIJAHNYA!ha!baru gempak!Bm A taw PMR!wah!bangga pulak budak kecik siput ni!

Natijahnya cuti yang diberikan seminggu awal ini amat tidak berbaloi tehadapku..Bagi kite je la orang lain den tak taw!Ala nak balik kampung!tak sabar ni!Nak jumpe wan..jap2 tahun ni buat tak meriam??last year buat tapi ada pulak lah orang gatal tangan pegi buang dalam parit!adoi!jelous lah tu!kitorang baru nak bergembira tatkala bersedih last-last meriam kitorang jugak jadi mangsanya!



tapi kat kampung ni yang paling tak tahan kalau malam raya adalah pulak mat-mat bajet hot kat kampung tu merempit kat petronas sebelah rumah wan ku!Amacam?terperanjat sebelah rumah wan ada PETRONAS???Gempakkan?tapi memanglah nampak gempak tapi diorang dah mengacau suasana kampung yang patut dirasai oleh anak,cucu,cicit wan!sungguh tak behati dan berperut..kalau dari rumah wan ternampak tapi bukan ter lagi tapi memang akan nampak bumbung yang tertulis perkataan MESRA dan kelihatan bendera MALAYSIA,SELANGOR dan PETRONAS berkibar!tabik!!!haha..tu cite di kampungku dekat selangor..

ni cite atas sikit dari selangor kira jiran kamcing la..Nak jumpa AMID GILE,TAN DEBEK,USOP CAKOR dengan orang yang paling menggerunkan yang sentiasa kehilangan bajunya iaitu.....trentengtengteng~~~~~~~~NAN LENYO!ni kalau nak sebut name-name ni kena pronouns dalam loghat perak taw!ate kome blajo dulu!ate teman idokle memakse!haha..perak3!korang mesti pelik kan tapi ni lah hakikatnya kalau duduk dekat Kampung Batu 7,Perak!gempak ah!name stok pelik-pelik je..



sorry yer am, kak ikah ambik dari fb ko..haha..peaece..blik kampung nanti kite blanje ko askrim tapi ko bayar!haha

huish!kampung kite kat perak ni pun tak kurang hebatnya!boleh pulak lah dibinanya jalan besa yang ibarat seperti highway dekat depan rumah!adui!dulu suasana aman je tatkala jalan itu boleh dibaring-baring oleh kami cucu-cucu opah..tapi sekarang dah dibesarkan dan menggangu kelancaran peredaran darah kitorang!ha?ape-ape jelah kecik!tapi serius memang bengang lah..nasib baik lah sekarang kereta tak banyak lalu situ..Aduh!sekarang kitorang hanya mampu lepak tepi jalan..dan bergembira..kadang-kadang ada lah pulak pakcik-pakcik lori yang pin2..ape??nak ape???ganggu betullah....bukan kitorang halang jalan dia pun..adui!semua bikin gua panas ni!haha..

tapi syok uh kalau dorang"(spupu laki termasuk abang-abangku serta abang-abang sedara ku)sudah mebina tiang gol daripada batu-bata arwah opah dan adik sedara ku yang kecik telah menggariskan garisan di tas tanah dengan menggunakan kayu..maka!tectuslah revolusi bermain bola sepak!gempak2!haha..yang perempuan hanya mampu melihat-melihat- dan melihat..ganas!takpun kami beramai-ramai akan membuat bulatan besar(dari umur 27 sampailah yang 6 tahun)akan bermain permainan 'masak lebih' ataupun nama pada i/cnya masabele!haha..dah!la penat..bye!chaw!


hamek kau!!stok upin ipin nyer tau!haha
SELAMAT HARI RAYA MAAF BATIN DAN ZAHIR~
dari kecik yang perasan comey!haha
daa~~~

Sunday, September 5, 2010

sassy girl:)

bosan?

memang bosan tatkala bercuti awal seminggu~

bosan gila!

umm..

jadi kite mengambil jalan untuk berangan di dalam bilik

sambil memandang sekeliling

dari lantai hinggalah ke syiling

dan

akhirnya mata ini

tepandang di satu sudut

dimana menempatkan pelbagai jenis CD dan buku cerita

tiba-tiba

datang satu cahaya dari satu CD2 itu

kite berjalan menujunya dengan penuh tanda tanya

apakah itu?

semakin ku hampirinya semakin sakit mata ini

and finally

terpampang tulisan yang memerlukan kepalaku untuk condong sedikit

"SASSY GIRL CHUN YANG"

wah!gempak2!

jom tengok!

buat pengetahuan anda semua

cerita ini sudah bekali-kali diulang tetapi

tak pernah bosan

dan setiap kali tengok setiap kali tulah air mata bergenang

gempak ah!

hehe




barisan pelakon:)
dari kiri:lee mong ryong(hero) by jae hee
hong chae rin(pengacau) by park si eun
pakcik Byeon Hak-do(pengacau) by uhm tae woong
sung chun yang(heroin) by han chae young



nilah barisan pelakon die:)
yang paling hujung belah kiri ngan kanan tu pengacau!haha
geram tengok dorang!
sabar2 jangan emosi~haha


ni time dorang kawin dekat sekolah
dorang dipaksa kawin atas sebab-sebab tertentu:)
haha


ni time 'pakcik' tu nak kan chun yang
dan di halang oleh lee mong ryong
fuh!bes!!
gempak2!!!


haha..padan muke kau pakcik!!


happy2 together!
really2 best
walaupun dah lama keluar tahun 2005
tapi sure besst nye lah!!